Friday, June 17, 2011

Tika diuji

Assalamualaikum wbt..
Tiada seorang manusia pun dimuka bumi ini yang tidak pernah menghadapi ujian dan masalah dalam hidup..Hatta manusia yang paling banyak diuji ialah para nabi dan rasul..Tidak hairanlah ketaqwaan yang mereka miliki sangat hebat..TAQWA..Itulah sebenarnya kunci kepada kesabaran..Kesabaran dalam menghadapi MASALAH dan PERSOALAN..
Semua manusia adalah sama disisi Allah..Semua hendaklah berlandaskan iman..Yang membezakan manusia adalah sifat SABAR..Kadang-kadang manusia tidak sabar dalam menghadapi MASALAH HIDUP..Saban hari kita mendengar TERLALU banyak keluhan..MENGELUH saat menghadapi MASALAH..

"siot r!!!!!,gares (gagal respon) lagi",
"camne nak hidup nie??duit da abes bro!!",
"ala mak nie,baru nak enjoy sikit!!",
"nie batu punye pasal r nie!!abes lebam kaki aku!!damn!!".. 

TERLALU biasa mendengar keluhan-keluhan sebegini..
Inilah yang biasa terjadi apabila datangnya masalah..Si polan mungkin banyak mengeluh, atau malah mempertanyakan takdir yang telah menimpanya..Padahal ujian dan masalah merupakan asam garam dan kepastian dalam kehidupan..Sebetul betulnya ia merupakan fungsi yang dapat memperkuatkan daya tahan seterusnya dapat meningkatkan darjah di SISI ALLAH..

"Jangan berdoa dipermudahkan tapi berdoalah agar diperkuatkan ALLAH dalam menghadapi ujiannya kerana ALLAH jualah yang mengetahui bahawa hambaNYA mampu menhadapi ujian dariNYA"..


ALLAH tidak akan sesekali menguji hambaNYA jika hambanNYA tidak mampu menghadapi..Sesungguhnya ALLAH lah YANG MAHA MENGETAHUI..Jadi bersangka baiklah (HUSNUZHON) dengan ALLAH taala..janganlah MERUNGUT seperti ANAK KECIL yang dalam KEADAAN DEMAM serta MENANGIS SETELAH DITUSUK JARUM (injection) oleh DOKTOR "kenapa doktor cucuk saya!!jahat!!doktor jahat"..Cuba kita renungkan, tingkah laku doktor yang menyuntik ubat kepada anak kecil tersebut..anak kecil tersebut langsung tidak mengetahui bahawa doktor sedang berbuat baik kepadanya dengan menyuntik ubat!!!!!nah!!!!!jadi..sanggupkah kita merungut kepada ALLAH YANG MAHA ADIL yang telah memberikan sedikit ujian yang tidak tampak tampak kebaikan secara zahir??!!!!wallahualam~

...Rasulullah pernah tersenyum..Para sahabat kehairanan melihat baginda tersenyum lalu bertanya kepada Rasulullah..Maka Rasulullah menjawab "Aku hairan melihat seorang  mukmin yang keluh kesah kerana sakit yang dideritainya..Jika ia mengetahui apa yang ada dalam sakitnya, maka ia akan lebih suka sakit sehingga ia bertemu dengan ALLAH....."


(HR. Ibnu Abu Dunya dari Ibn Mas'ud ra)

3 comments:

  1. suka memperingatkan diri ini dn sesiapa shj bahawasanya ujian Allah itu adlh tanda kasih Allah pada hamba-hambanya bukannya 1 petanda malang buat kita..jdilah bersabarlah whi hati dlm menmpuh ujian yg diberi kerana hikmahnya cukup besar bgi orang-orang yg bersabar..

    ReplyDelete
  2. bersyukurlah kerana Allah masih sayangkan kita dan kasih sygNya didatangkan dlm bentuk ujian...

    ReplyDelete
  3. ujian..
    ujian bagi hamba yang soleh..
    tpi musibah bagi hambaNYA yg terus menerus melakukan maksiat dan tidak terlepas pada org2 yg kufur..

    ReplyDelete